Friday, April 10, 2009

telah lama masa berlalu. pernah dulu amer bertanya pada gadis tersebut, "awk ni, klu sy nak call bleh ke? sbb sy takut kalau nanti ade orang lain yang marah". bukan atas alasan takut, tapi amer adalh seorang ynag menghormati kaumnya sendiri. sikap berebut seorang gadis bukan langkah yang bijak buat dirinya..
namun ada suatu perkara yang amer tak endahkan, iaitu, jika perempuan itu sudah berpunya, maka kenapa dia harus berkawan dengan lelaki yg jelas2 ada perasaan terhadap dirinya. "sy bukan apa, sy cuma mahu berkawan dengan amer", ayat tipikal seorang gadis. namun itu cuma ayat. disebalik ayat terbut, siapa yang tahu.. mungkin atas dasar berkawa itulah, lahirnya bibit-bibit cinta ynag mengundang bencana. kalau nak jadi cerita cinta korea, ini bukan tempatnya, bukan juga masa, dan situasinya. semuanya berbeza.
lalu hubungan berkawan itu berterusan sehingga suatu hari. hari yang kali ini sudah dijangka akan berlaku, kerana ini kali ketiga. amer tidak meletakkan harapan pada kali ini. dia tahu, pasti sesuatu akan berlaku seperti ini.
"kalau nak sms, sms je la", ayat gadis tersebut dlm satu perbualan mesej pesanan ringkas. amer tahu, dia cuba memberi ruang untuk mendekati dirinya. maka amer pun selalu menggunakn peluang terbut. hingga hanyut dalam dunia sms.
hingga pada suatu hari, sms yang dihantar tidak dibalas. "selalunya tak macam ni", monolog amer.
amer pon mengirim beberapa lagi sms untuk memastikan keadaannya.

hingga lah pada satu malam..............

>>>bersambung

Friday, April 3, 2009

satu

hari ini, 4/4/2009, mengingatkan aku pada tarikh keramat yang pernah satu ketika dulu amat aku hargai.. pada hari ini lah aku pernah merasa bahagia. padahari ini jugalah aku pernah kecundang.
jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. rumahku yang dari tadi riuh rendah, sudah mula sunyi sepi, masing-masin sudah mula tidur, merehatkan badan dan kotak fikiran yang dibelenggu assignment yang bertimbun-timbun.. baru saja petang td aku dihadiahkan lagi dengan assignment yang membantutkan terus niatku untuk pulang kekampung hujung minggu ni.. sesekali terdengar suara sahabatku yang sedang seronok menonton cerita korea. entah ape tajuk cerita tersebut, yang kudengar hanya gelak tawa darinya sekali sekala.

sejak akhir-akhir ini, aku mula rasa bahawa diri aku ni banyak kelemahan. jiwa aku terlalu lemah, atau hati aku terlalu lembut. aku baru tewas hari kelmarin, sepertimana aku tewas pada episod yang lepas, dan seperti juga pada episod sebelumnya.. aku rasa menyesal dan rendah diri. pernah aku terfikir akan kisah yang pernah diceritakan padaku oleh sahat-sahabtku dahulu. sedikit sebanyak, aku ambil iktibar dan pedoman.

********************************************************************

hari ini, isnin, 31 mac 2005. amer pulang dari kelas dengan rasa letih yang amat. dia bergegas masuk kerumah kerana cuaca begitu terik. sebaik masuk kerumah, modem, laptop dan switch segera di hidupkan.. dah menjadi tabiatnya jika tiada kelas untuk melayari internet. mungkin untuk menghilangkan stress. chatting merupakan perkara biasa baginya. hari-hari die melayan perempuan entah dari mana asal usul nya..

"bling" indicator message keluar dibawah skrin laptopnya. terlulis, "izzah mad rasdid is online". sambil tersenyum, amer membuka topik perbualannya hari ini. "nudge!!","hi, ngh watpe?", tanya amer yang kelihatan penuh berminat dengan kehadiran gadis tersebut.

"x watpe.. bosan..hikhik!", balas awek tersebut. "dah mkn?", smbungnya lagi."belum, awk?", balas amer. begitulah yang selalu diperkatakan oleh amer sewaktu berchatting di internet. rasanya amer kurang berbual secara terus dengan awek-awek diluar. mungkin kerana dia segan. tapi di internet, amer kelihatan seperti seorang yang sangat mature dan gentlemen. ada juga sedikit kehebatan amer ni. pandai juga die mengayat awek-awek diinternet.

amer pon terus berbual-bual dengan izzah.

"amer, izzah x sehat la hr ni.."
"lapa..", kata izzah. lalu amer menjawab, " dmm?, da mkn ubt? nape lapa? x mkn lg eh? nnti amer tapaukn eh?".

"tq amer", balas izzah dalam keadaan yang mengujakan. "izzah tggu kat umh eh, nnti amer anta nasi", kata amer lg.

dalm hati amer, ada suatu perasaan pelik yang menghantui dirinya. "bukan ke hari tu dia tak dapat nak message aku, sebab die setia pada boyfren dia..?", monolog amer. "maybe dia dah single kot".

semua orang yang mengenali amer tahu bahawa amer bukan seorang yang suka merampas hak orang lain. die seorang yang berpegang pada prinsip, kalau itu hak orang, tak kan dia akan hampirinya. amer respek pada kaum adam yang menjadi boyfren seseorang awek tersebut. jika dia tahu bahawa, awek tersebut sudah berpunya, maka amer akan terus membatalkan niatnya untuk menarik perhatian awek tersebut.

tapi lain pula yang berlaku ketika itu. ada seorang awek yang mula menarik perhatian amer. memang agak comel awek tersebut. namun amer tetap berhati-hati.

hari itu, amer sanggup mengorbankan masanya untuk menghantar makanan kepada izzah, kawan barunya yang telah menarik hatinya. namun amer tahu, izzah itu sudah berpunya. cuma bagi amer, kalau die perlu setia, awek yang sesuai dengannya juga mestilah seorang yang setia.

>>bersambung...(will be published on saturday every weekend)

Monday, March 30, 2009

langkah pertama..

Assalamualaikum, salam sejahtera, itu ungkapan yang sering didengar oleh setiap rakyat malaysia..begitu juga dengan bonjours, enchante, salut: yang diungkapkan pleh masyrakat di Perancis. namun apa pun bunyi ungkapan tersebut, niatnya tetap sama: untuk beramah mesra dengan sang penerima ucapan....namun, tak semua ucapan harian kita membawa kepada pengakhiran yang gembira. ada yang membawa luka yang dalam, sukar dirwat walau bagaimana sekali pun. ada juga yang luka yang tertusuk berkali-kali, baru saja luka lama pulih, diguris semula dengan belati tajam.. alangkah pedih jiwa manusia yang demikian itu..


***************************************************************************
*******************************L.o.V.e**************************************